UPSR, PT3, SPM,STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca sepanjang minggu ini tidak menentu. Kadang-kala hujan, kadangkala panas. Begitu juga dengan perjalanan hidup kita. Ada masa tertawa dan ada masa menangis. Menagis pula ada dua maksud, menangis kegembiraan atau kesedihan.

Menjelang bulan-bulan terakhir sebelum tirai tahun 2017 ditutup, pelbagai aktiviti dan perkara yang telah berlaku dalam kehidupan kita, rakan-rakan, jiran-jiran atau anak-anak kita. Berbicara mengenai anak, pendidikan merupakan satu perkara yang wajib setiap ibu bapa bekalkan samada secara formal atau tidak formal. Sedarkan kita bahawa setiap hari kita belajar?

U.P.S.R. atau Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah merupakan satu permulaan bagi anak-anak kita memilih laluan sekolah yang akan di masuki pada tingkatan 1. Jangan kecewa andaikata anak-anak tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh. Setiap anak-anak mempunyai tuah dan kepintaran masing-masing. Bagi anak-anak yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, tahniah diucapkan. Teruskan kegemilangan anda. U.P.S.R. ini diibaratkan umpama kita sedang memilih rumah. Mesti nak yang sempurna kan? Dalam mengejar kesempurnaan janganlah ada hati-hati yang terluka dan terabai.

PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan satu ujian bagi mengukur kebolehan tahap pencapaian untuk pelajar tingkatan 3 sebelum mereka melanjutkan pelajaran di tingkatan 4. PT3 adalah satu Peperiksaan yang penting bagi menentukan arah tujuan atau aliran yang akan diambil semasa tingkatan 4. Jika tersalah perhitungan, maka panjanglah laluan dalam mengejar cita-cita. PT3 diibaratkan umpama memilih pintu rumah yang ingin dibuka.

S.P.M. iaitu Sijil Pelajaran Malaysia merupakan Peperiksaan bagi menentukan arah tujuan dan laluan untuk diikuti untuk mencapai cita-cita. Apa sahaja cita-cita bermula pada SPM. S.P.M diibaratkan membuka pintu yang telah dipilih.. samada laluan itu berliku atau tidak, bergantung pada pintu yang dipilih. Bagi yang mencapai kecemerlangan S.P.M. akan meneruskan pengajian di Pengajian Tinggi dan ada juga yang meneruskan perjuangan dalam S.T.P.M di tingkatan 6. Walaupun laluan berbeza, percayalah pasti cita-cita akan tercapai.

Ada juga yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran memilih untuk bekerja. Bekerja dalam mencari pengalaman hidup dan mencapai cita-cita. Insya Allah..

Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi.

goreng-cheese-site

 

 

Leave a comment