Perkara yang perlu tahu mengenai keropok lekor.

Ada beberapa pelanggan dan juga bakal pelanggan bertanya mengenai keropok lekor yang dibekalkan oleh HMD Enterprise. Di sini di sediakan  beberapa jawapan kepada persoalan yang sering ditanya.

Soalan 1 : Apakah betul keropok lekor ini datang dari Pantai Timur?

Jawapan : Betul. HMD Enterprise membekalkan Keropok lekor dari Pantai Timur.

Soalan 2: Apakah betul keropok lekor ini penuh isi ikan? bukan banyak tepung ke?

Jawapan : Betul. HMD Enterprise memastikan keropok lekor yang terbaik dibekalkan oleh syarikat kepada pelanggan. sebab itu keropok lekor ini penuh rasa isi ikan dan bukan banyak rasa tepung.

Soalan 3 : Kenapa ada tulang ikan?

Jawapan : Ikan kan ada banyak tulang. Sekiranya keropok lekor tidak banyak rasa ikan, pasti tiada tulang. sama seperti kuah laksa.. ada juga terselit tulang kan?

Soalan 4 : Kenapa mahal harga sebatang keropok lekor?

Jawapan : Proses untuk membuat keropok lekor bukanlah mudah. Memerlukan penelitian dari segi rasa bagi memastikan setiap keropok lekor itu memenuhi citarasa pelanggan. lagipun bahan utama untuk keropok lekor adalah ikan yang mana kita sedia maklum, harga yang tidak menentu di pasaran.

Soalan 5 : Jika musim ikan kurang, keropok lekor akan jadi mahal?

Jawapan : Tidak. Pihak Syarikat berusaha sedaya upaya tidak menaikkan harga untuk setiap batang keropok lekor. bagaimanapun kuantiti keluaran akan dikurangkan bagi mengimbagi harga yang tidak menentu. oleh itu, orderlah cepat2 sebelum kehabisan.

Soalan 6 : Kenapa ada caj delivery?

Jawapan : Caj delivery ini dikenakan bagi menampung kos pengangkutan dan tol.

Soalan 7 : Jika beli secara borong (banyak) boleh dapat murah tak?

Jawapan : Boleh. Whatsapp atau call 0182764710 untuk sebarang rundingan harga. Borong 100 batang ke atas tau.

Soalan 8 : Jika beli secara borong dan keropok rosak, dapat ganti tak?

Jawapan : Ya. Keropok akan digantikan dengan yang baru dengan syarat kerosakan itu berlaku sewaktu penerimaan bukan atas sebab kecuaian sendiri.

Soalan 9 : Saya nak jadi agen keropok lekor Pantai Timur tapi saya jauh dan banyak ke modal yang diperlukan?

Jawapan : Boleh. Modal yang diperlukan adalah rendah di mana keuntungan yang berbaloi. Insya Allah. Call/whatsapp sahaja 0182764710 untuk sebarang rundingan dan pertanyaan. Jika jauh, tak ada masalah. Pihak syarikat sedang mencari agen bagi memasarkan keropok lekor di setiap negeri. Pengeposan akan dilakukan menggunakan bas.

Soalan 10 : Keropok lekor ni tak meletup ke waktu goreng?

Jawapan : Tak lah. Tak meletup pun waktu goreng dengan syarat minyak dah panas dan keropok lekor ini kan banyak isi ikan, macamana nak meletup kan?

Soalan 11 : Betul ke sedap keropok lekor ni.. sama je nampak macam keropok lekor lain.

Jawapan  : Ya betul. keropok lekor ni sama sahaja dari segri rupa tapi yang membezakan adalah dari segi rasa dan kuantiti ikan serta bahan yang digunakan. Cubalah jika nak tahu kehebatan Keropok Lekor yang dibekalkan. Anda pasti tidak akan menyesal.

Soalan 12 : ada pertanyaan lain? call/whatsapp je 0182764710. Jika lambat mendapat balasan, mohon call 0182764710.

Mentah panjang 2

Sebarang pertanyaan, mohon call/whatsapp je 0182764710. Jika lambat mendapat balasan, mohon call 0182764710.

 

 

Keropok Lekor berkhasiat?

Jom kita baca entri kali ini. Apakah khasiat keropok lekor? Apakah anda tahu keropok lekor sebenarnya berkhasiat?

1. Sumber protein

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.

2. Sebagai penambah selera makan

Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba…

3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.
kata 2

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor

Antara bahan utama keropok lekor adalah isi ikan seperti ikan parang, ikan kerisi, atau ikan laut, yang paling banyak sekali ikan tamban, kerana keropok yang menggunakan ikan tamban akan berasa rangup bila di goreng dan lebih terasa ikan nya. Kemudian dimasukkan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

 

Jenis-jenis keropok lekor

Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.

Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama

Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.

Sumber : http://www.aynorablogs.com/2014/11/keropok-lekor-tidak-berkhasiat.html#ixzz4JHliResZ

Ingin dapatkan bekalan Keropok Lekor Pantai Timur (Mentah) untuk perniagaan anda?
Penuh kaya dengan isi ikan?
Tidak gatal dan tidak rasa tepung?
Segar daripada Pantai Timur?
Belian secara borong terus dengan pembekal.

Berat bersih : 300gm sebatang
Borong : 100 batang

Murah!! Murah!! Murah!! dan berbaloi

Jom sertai kami sebagai pengedar kawasan di negeri anda :

#Call/whatsapp
018-276 4710 (Hussin)

atau datang ke :
Keropok Lekor Pantai Timur
NO 168, JALAN S2 B8, GARDEN HOMES, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.