Keropok Lekor berkhasiat?

Jom kita baca entri kali ini. Apakah khasiat keropok lekor? Apakah anda tahu keropok lekor sebenarnya berkhasiat?

1. Sumber protein

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.

2. Sebagai penambah selera makan

Ada sesetengah orang menjadikan keropok lekor sebagai lauk tambahan di dalam menu makanan mereka dan dijadikan lauk sampingan yang boleh menambah selera. Tak percaya? Boleh dicuba…

3. Sebagai alternatif makanan ringan yang berkhasiat untuk kanak-kanak

Kanak-kanak juga menggemari keropok lekor terutamanya apabila dipotong kecil dan dijadikan seperti makanan ringan atau snack dan disiram dengan sedikit sos cili. Daripada mereka membeli makanan ringan yang mengandungi perwarna dan perisa tambahan, lebih baik membiarkan mereka makan keropok lekor yang terbukti khasiatnya.
kata 2

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor

Antara bahan utama keropok lekor adalah isi ikan seperti ikan parang, ikan kerisi, atau ikan laut, yang paling banyak sekali ikan tamban, kerana keropok yang menggunakan ikan tamban akan berasa rangup bila di goreng dan lebih terasa ikan nya. Kemudian dimasukkan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

 

Jenis-jenis keropok lekor

Keropok lekor ada bermacam jenis dan perisa bergantung dengan jenis ikan yang digunakan. Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.

Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

Cara simpan keropok lekor supaya tahan lama

Sebenarnya keropok lekor boleh di simpan lama apabila dibuka dari bungkusannya dan diletakkan di dalam peti sejuk. Untuk mengekalkan kelembutannya, rebus keropok lekor terlebih dahulu selepas dikeluarkan dari peti ais.

Sumber : http://www.aynorablogs.com/2014/11/keropok-lekor-tidak-berkhasiat.html#ixzz4JHliResZ

Ingin dapatkan bekalan Keropok Lekor Pantai Timur (Mentah) untuk perniagaan anda?
Penuh kaya dengan isi ikan?
Tidak gatal dan tidak rasa tepung?
Segar daripada Pantai Timur?
Belian secara borong terus dengan pembekal.

Berat bersih : 300gm sebatang
Borong : 100 batang

Murah!! Murah!! Murah!! dan berbaloi

Jom sertai kami sebagai pengedar kawasan di negeri anda :

#Call/whatsapp
018-276 4710 (Hussin)

atau datang ke :
Keropok Lekor Pantai Timur
NO 168, JALAN S2 B8, GARDEN HOMES, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

 

 

Leave a comment