UPSR, PT3, SPM,STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca sepanjang minggu ini tidak menentu. Kadang-kala hujan, kadangkala panas. Begitu juga dengan perjalanan hidup kita. Ada masa tertawa dan ada masa menangis. Menagis pula ada dua maksud, menangis kegembiraan atau kesedihan.

Menjelang bulan-bulan terakhir sebelum tirai tahun 2017 ditutup, pelbagai aktiviti dan perkara yang telah berlaku dalam kehidupan kita, rakan-rakan, jiran-jiran atau anak-anak kita. Berbicara mengenai anak, pendidikan merupakan satu perkara yang wajib setiap ibu bapa bekalkan samada secara formal atau tidak formal. Sedarkan kita bahawa setiap hari kita belajar?

U.P.S.R. atau Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah merupakan satu permulaan bagi anak-anak kita memilih laluan sekolah yang akan di masuki pada tingkatan 1. Jangan kecewa andaikata anak-anak tidak berjaya memasuki sekolah berasrama penuh. Setiap anak-anak mempunyai tuah dan kepintaran masing-masing. Bagi anak-anak yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, tahniah diucapkan. Teruskan kegemilangan anda. U.P.S.R. ini diibaratkan umpama kita sedang memilih rumah. Mesti nak yang sempurna kan? Dalam mengejar kesempurnaan janganlah ada hati-hati yang terluka dan terabai.

PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 merupakan satu ujian bagi mengukur kebolehan tahap pencapaian untuk pelajar tingkatan 3 sebelum mereka melanjutkan pelajaran di tingkatan 4. PT3 adalah satu Peperiksaan yang penting bagi menentukan arah tujuan atau aliran yang akan diambil semasa tingkatan 4. Jika tersalah perhitungan, maka panjanglah laluan dalam mengejar cita-cita. PT3 diibaratkan umpama memilih pintu rumah yang ingin dibuka.

S.P.M. iaitu Sijil Pelajaran Malaysia merupakan Peperiksaan bagi menentukan arah tujuan dan laluan untuk diikuti untuk mencapai cita-cita. Apa sahaja cita-cita bermula pada SPM. S.P.M diibaratkan membuka pintu yang telah dipilih.. samada laluan itu berliku atau tidak, bergantung pada pintu yang dipilih. Bagi yang mencapai kecemerlangan S.P.M. akan meneruskan pengajian di Pengajian Tinggi dan ada juga yang meneruskan perjuangan dalam S.T.P.M di tingkatan 6. Walaupun laluan berbeza, percayalah pasti cita-cita akan tercapai.

Ada juga yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran memilih untuk bekerja. Bekerja dalam mencari pengalaman hidup dan mencapai cita-cita. Insya Allah..

Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi.

goreng-cheese-site

 

 

Musnahnya satu perhubungan..

Seringkali apabila satu perhubungan atau rumahtangga musnah, orang ketiga pasti akan dikaitkan sebagai punca permasalahan itu. Mengapa perlu menyalahkan orang ketiga apabila musnahnya satu perhubungan? Tidak sedarkah kita bahawa semua itu adalah takdir? Mungkinkah itu semua pembalasan ke atas dosa kita yang lampau?

Kita menuding jari ke pihak lain.. mencari salah padahal, pernahkah kita berfikir kita merupakan pihak ketiga tersebut? Sebelum kewujudan kita, pernahkah pihak lain wujud tanpa kita sedari? Doa orang teraniaya pasti makbul..

Duhai lelaki, tolonglah kami supaya kami tidak menyakiti sesama kami. Setialah.. jujurlah.. andainya tiada lagi perasaan kasih dan sayang, lepaskan kami dengan baik. Jangan jadikan kami pihak ketiga yang berbalah sesama sendiri.. menyakiti hati kami sesama sendiri.

Duhai wanita.. selidikilah pasangan kamu andainya wujud seseorg sebelum kamu.. janganlah kamu menjadi pihak ketiga di mana2 hubungan. Jika tidak mahu hatimu disakiti, janganlah menyakiti hati orang lain. Pihak ketiga tidak akan wujud sekiranya kita tidak pernah menjadi pihak ketiga pada mana2 hubungan.

 banner 2

Duhai lelaki, janganlah jadikan kami pihak ke tiga dalam mana2 hubungan, menyakiti sesama kami. Setialah.. kasihanilah kami. Lepaskan jika tidak mampu menyayangi lagi..

Berat Mata memandang.. Berat lagi..

Selalu kita melihat dan mendengar penderitaan dan kesusahan orang tetapi pernahkah kita bersyukur dengan kehidupan kita? Berapa kalikah kita mengucap syukur atas nikmat yang diberikan dalam meneruskan kehidupan kita?

Seringkali kita tertewas dengan ujian dan kesudahan yang ada dan pernahkah kita melihat kesusahan orang lain tatkala kita tertewas dengan ujian tersebut? Kita selalu mendabik dada mengatakan kitalah yang paling susah.. kitalah yang paling sengsara. Tetapi pernahkah kita melihat dan mendengar kesusahan orang lain di sekeliling kita? Bagaimanakah kita membantu dalam meringankan beban kesusahan orang lain? cukupkan usaha kita dalam membantu mereka selama ini?

Tahukah kita betapa tabahnya mereka? Kuatnya mereka menempuh ujian demi ujian. Mencuba membantu di kala mereka juga perlu bantuan? Pernahkah kita mendengar dan mempercayai setiap kesukaran dan cerita mereka? Apakah reaksi kita? mengejek? mengeji? Apabila manusia mula hilang kewarasan, tiada lagi empati dalam diri.

Belajarlah untuk menjadi lebih kuat, lebih tabah. Bukan hanya menutup mata dari melihat kesusahan orang lain.. menutup telinga mendengar keluhan.. melemparkan tuduhan yang tidak berasas… Belajarlah dari mereka.. bangkit dari kesusahan, kepayahan. Tidak pernah mengeluh walaupun air mata sentiasa mengalir tanpa disedari. banner

Setiap kelemahan pasti ada kekuatan. Jadikan kelemahan itu satu kekuatan untuk terus berdiri dan berlari mengejar impian hidup.

Kesedihan itu satu kegembiraan

Assalamualaikum dan selamat petang.

Musim cuti sekolah macam ni mesti merupakan sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak kan? tak perlu pergi sekolah tp jangan lupa ulangkaji. Ulangkaji tu perkara yang paling penting. Tak pe jika xpandai sekalipun asalkan boleh memahami apa yang diajar disekolah, aplikasi dalam kehidupan harian.. itulah yang terbaik. Jangan stress dalam belajar tau..

Hidup ini satu perjuangan.. nak hidup kita perlu berjuang. Dalam berjuang pasti akan ada pelbagai emosi. Marah, sedih, kecewa dan gembira. Jika kita sedih, jadikan kesedihan itu satu kegembiraan.. Macamana tu? Boleh.. Insya Allah.. SENYUM merupakan satu ubat yang mujarab sewaktu kita sedih.Melihat kegembiraan org lain merupakan satu kegembiraan buat kita. Andaikata airmata tidak mampu dibendung, berpalinglah ke arah lain. Jangan biarkan kesedihan itu merosakkan diri sendri. Selalu tersenyum.. ingat Tuhan pasti akan menggantikan kesedihan itu dan setiap titisan airmata yang jatuh tu dengan kegembiraan yang berganda.. Percayalah.. jadikan kesedihan itu satu kegembiraan.

Kesedihan itu satu kekuatan. Bergembiralah ketika hati diuji. Tersenyumlah ketika airmata jatuh tanpa disedari. Percayalah.. setiap kesedihan itu pasti ada kegembiraan berganda.

profile banner

Sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tertarik dengan satu perkataan SOMBONG. Tertarik juga dengan satu petikan ayat.. sombong ada pelbagai jenis. Jenis manakah kita?

Orang tidak tahu lalu kita beritahu itu maknanya ‘Menyampaikan’
Orang sudah tahu lalu kita beritahu itu maknanya ‘Mengingati’
Manakala orang yang tidak suka diberitahu dan tidak suka diperingatkan maka itu tandanya Sombong.
Kata Sheikh Muhammad Soleh Utsaimin rahimahullah:
“Sombong itu ada dua macam, iaitu sombong terhadap al-Haq dan sombong terhadap makhluk. Hal ini diterangkan oleh Nabi saw dalam sabda baginda:
“Sombong itu adalah tidak mahu terima kebenaran dan suka meremehkan orang lain”.
Menolak kebenaran adalah berpaling darinya serta tidak mahu menerimanya. Sedangkan meremehkan orang lain ialah memandang rendah pada orang lain lantaran merasakan diri sendiri lebih hebat.”
[Ruj: Syarh Riyadus Shaalihin, II/30, cet Daar Ibnu Haitsam]

fitnah

Niat

Cust : bang meh no acc bank…saya otw pergi bank ni😃

Peniaga online : okay bang Jap ye😃. Ni detail acc bank saya xxxxxxxxxxxxxxxxx.
Peniaga online : “syukur ada rezeki harini” bisik hati kecil peniaga online.

…..beberape jam kemudian…….

Cust : Sorry bang tak jadi lah..

Peniaga online : owh…okay okay…takpe bukan rezeki saya 😃..

Peniaga online : “Sedih lah.Hari ni tiada sale
langsung. Ramai je yg pm. Whatssap pun ada jugak. Tp seorang pun tak berjaya ‘bank in’ .Dah promote, dah iklan, dah share, dah buat apa saja tapi takde sale pun😥.”

Pernah tak alami situasi camni ? Tak kisah lah yg dah lama macam saya atau pun yang newbies pernah alami.

Saya pernah 3 bulan takde sale😂.rasa sedih ya amat.Jadi saya nak share satu tips yg di share kan kepada saya moga moga bermanfaat kepada rakan rakan semua.

Tips nya ialah NIAT ! Yup…NIAT😃

Cuba lepas ni setiap Kali nak post iklan atau share iklan rakan rakan semua pasang niat yg baik baik..

Contoh :
‘Tuhan, permudahkan urusan niaga aku. Semoga orang yg pandang iklan ni membelinya dan produk ini dapat memberi manfaat buat pembeli’.

Haa nampak simple je kan. Impak dia maksima😃..

Jadi jgn sedih sangat jika takde sale. Mungkin Tuhan nak jentik kita supaya kita muhasabah diri kita balik. Sbb mgkin ada time kita terlalu fokus berbisnes sehingga bisnes kita dgn DIA kita tak jaga😃. Betul tak?

Jgn lupa untuk terus berdoa dan minta daripada DIA…

Semoga posting saya ni menjadi peringatan buat diri saya sendiri dan bermanfaat buat rakan2 semua😃..

Amin..

#Copy paste from tips business online offline

gambar testi 2.1.jpg

Pembekal dan pemborong Keropok Lekor Pantai Timur

NO 168,JALAN S2 E8, GARDEN HOMES, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

018-276 4710 (Hussin)

Facebook : https://www.facebook.com/officiallykeropoklekorpantaitimur/

intagram : Keropok_lekorpantaitimur

Tweeter :@lekorpt

Hujan Rahmat

b5492414005ac443d7fcbd38bf217a51

Semalam di khabarkan terdapat 13 kawasan di naiki air berikutan fenomena air laut pasang besar. Di Kawasan Utara pula, hujan pada setiap pagi, petang dan malam. Apa pun keadaan dan musibah yang melanda pasti ada sesuatu “rahmat” yang tersembunyi. Ini menunjukkan kasih sayang Allah pada hambaNya.

hujan2

Pembekal dan Pemborong keropok Lekor Pantai Timur
018-276 4710
NO 168,JALAN S2 B8, GARDEN HOMES
Seremban 70300
instagram: keropok_lekorpantaitimur
#Tempahan untuk bekalan keropok lekor untuk pelbagai acara kini sudah di buka#

Menjadi diri sendiri

Mengapa perlu menjadi diri sendiri?

Pernah tak kita mendengar ayat daripada rakan-rakan bertanya ” tidak penat ke hidup berpura-pura? apa kebaikan yang dapat hasil daripada hidup seperti itu?”

Agaknya apakah reaksi kita sekiranya ada yang bertanya kepada kita? Berapa ramai di antara kita sedar bahawa kita sebenarnya menipu diri sendiri? Berapa ramai yang berani mengaku bahawa dirinya sedang menipu?

Mesti ramai kan? akan sampai satu waktu kita akan penat berpura-pura dan akan mula membuka pekung di dada. Akan sampai waktu dan ketika kita akan mula sedar dengan kehidupan sebenarnya. Di dalam setiap ajaran agama pasti ada menjelaskan mengenai keadaan ini. Terdapat banyak ayat al Qur’an dan hadis yang menerangkan berkaitan hal ini. Antaranya

1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283:

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)

“….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)

2) Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)

3)  Ayat-ayat Al-Qur’an serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu:

“…. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta”. (Surah Ghaffir, Ayat 28)

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim).

Sumber : http://zamanteman.blogspot.my/2012/12/ayat-al-quran-dan-hadis-sahih-mengenai.html

Menjadi diri sendiri akan menjadikan hidup kita lebih tenang dan releks.. berjumpa dengan seseorang yang boleh menerima kita seadanya adalah satu anugerah yang mana tidak perlu berpura-pura menjadi orang lain di hadapannya. Tidak perlu kita hidup berpura-pura semata-mata ingin memenuhi impian orang lain.

Kita tahu diri kita siapa, jadilah dan terimalah diri kita seperti adanya.

jalan-1-22

Pembekal dan Pemborong keropok Lekor Pantai Timur
018-276 4710
NO 168,JALAN S2 B8, GARDEN HOMES
Seremban 70300
instagram: keropok_lekorpantaitimur